SK St Catherine (M) rangkul Johan STEM Talent Show Kebangsaan

IMG 4695

KUALA LUMPUR: 23 Oktober 2026 — Dua murid Sekolah Kebangsaan (SK) St Catherine (M) Kota Kinabalu, Valetta Catherine Jack Alexander dan Jayssandra Jane Jain, mengharumkan nama Sabah apabila dinobatkan sebagai Johan STEM Talent Show (Sekolah Rendah) pada Karnival STEM Peringkat Kebangsaan 2026.

6bd55774 dc22 46eb bfbd 4b0e285aaaf8

Kejayaan itu dicapai menerusi karya kreatif bertajuk “Misteri Kehilangan Tenaga” dalam pertandingan yang berlangsung selama empat hari, bermula 19 hingga 22 Oktober di The Pearl Kuala Lumpur Hotel.

IMG 4694

Kedua-dua murid dari pasukan Evogreen Squad itu dibimbing Cikgu Patricia Anak Berlin dan Cikgu Haslinda Majid, dengan bantuan Puan Jane Francisca dan Puan Vyanella Physter. Turut hadir di lokasi ialah Guru Besar SK St Catherine (M), Juanes Masammin, dan Yang Dipertua PIBG, Dr. Jain Yassin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal