Sidang Khas Raja Raja bincang pelantikan PM ke-10
PETALING JAYA: belum ada kata putus siapa Perdana Menteri ke-10 Malaysia sehingga sekarang.
Oleh itu satu Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja diadakan esok (24 Nov) bagi membincangkan pelantikan Perdana Menteri Ke-10 ekoran keputusan Parlimen tergantung selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November lalu.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, mesyuarat itu dijadualkan diadakan di Istana Negara.
“Perbincangan khas ini bertujuan untuk Seri Paduka mendapat pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat,” katanya dalam kenyataan yang dilihat oleh UTUSAN.
– Tv Sabah News
0 Comments