Sabah umum cuti tambahan Hari Raya Aidilfitri

FB IMG 1773847048892

KOTA KINABALU: 18 Mac 2026 – Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan cuti umum tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri sama ada pada 20 Mac 2026 atau 23 Mac 2026, bergantung kepada tarikh sambutan Hari Raya tahun ini.

Menurut kenyataan rasmi, penetapan ini dibuat melalui Warta Kerajaan Keluaran Khas bertarikh 18 Mac 2026, selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bagi memberi ruang kepada rakyat membuat persiapan dan meraikan Aidilfitri bersama keluarga.

Di bawah ketetapan itu, 20 Mac 2026 akan diisytiharkan sebagai cuti tambahan sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 21 Mac 2026, manakala 23 Mac 2026 pula akan menjadi cuti tambahan sekiranya Hari Raya disambut pada 20 Mac 2026.

Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor berkata, inisiatif tersebut diharap dapat memudahkan urusan rakyat di negeri ini.

“Semoga inisiatif ini dapat memberi peluang kepada rakyat untuk menyambut Hari Raya dalam suasana yang lebih bermakna dan penuh kegembiraan bersama keluarga,” katanya.

Pengumuman ini dijangka memberi manfaat khususnya kepada mereka yang merancang perjalanan pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Sumber: Hajiji Haji Noor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal