Sabah Rekod 490,314 Pelajar Mulakan Sesi Persekolahan 2026

photo 2026 01 12 13 44 48

KOTA KINABALU: 12 Januari 2026 – Sesi persekolahan 2026 di Sabah bermula hari ini dengan seramai 490,314 pelajar memulakan hari pertama persekolahan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, angka itu merupakan sebahagian daripada 276,144 murid sekolah rendah dan 214,170 pelajar sekolah menengah yang direkodkan pada tahun ini.

“Seramai 43,385 murid Tahun Satu dan 44,851 pelajar Tingkatan Satu mendaftar masuk pada hari pertama sesi baharu ini. Namun, enam sekolah rendah di Beaufort masih tidak dapat dibuka kerana terjejas akibat banjir sejak minggu lalu,” katanya.

Jelasnya, sekolah-sekolah terbabit ialah SK Bangkalalak, SK Garama, SK Jabang, SK Kebulu, SK Lago dan SK Suasa.

Selain itu, sebuah sekolah di Tenom, SK Simpang, turut ditutup atas faktor keselamatan selepas kawasan sekolah runtuh, berdasarkan nasihat Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurutnya, sekolah-sekolah yang terjejas diberikan pilihan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atau mengadakan kelas ganti pada hari Sabtu selepas sekolah kembali beroperasi sepenuhnya.

Sumber: Info X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal