Sabah miliki 12 rumah sembelih awam, 36 dikendalikan swasta

a40ac0f8 0d92 43ca 9921 f704e3dc3d30

KOTA KINABALU: 23 Julai 2026 – Sabah mempunyai 12 rumah sembelih awam dan 36 rumah sembelih swasta yang beroperasi di seluruh negeri, kata Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar.

Menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Haiwan (Pindaan) 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini, beliau berkata kemudahan sembelihan awam itu merangkumi empat rumah sembelih ruminan, lima rumah sembelih ayam dan tiga rumah sembelih khinzir.

Manakala rumah sembelih swasta terdiri daripada 33 rumah sembelih ayam, dua rumah sembelih ruminan dan sebuah rumah sembelih khinzir.

Jamawi berkata pindaan Enakmen Haiwan 2026 akan memperkukuh kawal selia rumah sembelih melalui sistem pelesenan yang lebih jelas dan tersusun.

Beliau berkata mekanisme pelesenan akan diperincikan melalui peraturan di bawah enakmen supaya syarat pelesenan, standard operasi dan keperluan teknikal dapat disesuaikan mengikut jenis ternakan tanpa perlu meminda enakmen setiap kali berlaku perubahan.

“Pendekatan ini adalah selaras dengan amalan perundangan di mana enakmen memperuntukkan kuasa dan kerangka utama manakala perkara-perkara bersifat tatacara dalam pelaksanaan diperincikan melalui peraturan.”

Menurut beliau, pendekatan itu membolehkan sistem pelesenan dan kawal selia industri penternakan dilaksanakan dengan lebih fleksibel selaras dengan keperluan semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal