KOTA BELUD, 4 Julai 2025 – Sebuah rumah sementara dan sebuah kereta jenis Perodua Viva musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi di Kampung Rampayan Laut, kira-kira 23 kilometer dari pekan Kota Belud.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.28 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Kota Belud yang diketuai PBK II Clarice Jimoh digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba jam 1.57 pagi, rumah berkeluasan 40 x 50 kaki itu dan sebuah kenderaan didapati terbakar sepenuhnya,” katanya.
Operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air berjaya mengawal kebakaran pada jam 2.15 pagi, dan ditamatkan sepenuhnya jam 3.39 pagi.
Tiada mangsa cedera dalam kejadian tersebut. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Sumber, Sabah Dimensi