Roszian Simon dinobatkan Mrs IICA 2026

0ebab253 d313 4d7c b977 fb213b51383c

KOTA KINABALU: 23 Ogos 2026 — Wakil Sabah, Roszian Simon dinobatkan sebagai Mrs International Indigenous Cultural Ambassador (IICA) 2026 pada malam kemuncak IICA 2026 di Sky Hotel, Kota Kinabalu, malam tadi.

Kemenangan itu mengatasi Ester dari Kalimantan, Indonesia yang menduduki tempat kedua, manakala seorang lagi wakil Sabah, Stella Matuya, berada di tempat ketiga.

Stella Matuya bukan sahaja menduduki tempat ketiga, malah turut menerima gelaran Best Advocacy bagi kategori Mrs IICA 2026.

11ab060e 38f8 4218 87be 59c97a35e0ba

IICA 2026 yang berlangsung pada 22 Ogos menghimpunkan peserta dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan dengan menampilkan kepelbagaian budaya masyarakat pribumi Borneo.

Pertandingan merangkumi dua pusingan utama iaitu Indigenous Heritage Showcase menerusi persembahan dan peragaan pakaian tradisional, diikuti Cultural Ambassador Advocacy Speech oleh sembilan finalis.

Roszian muncul sebagai pemenang selepas melalui keseluruhan pusingan pertandingan sebelum dinobatkan sebagai Mrs IICA 2026.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal