Rokok seludup bernilai RM204,000 dirampas

IMG 5647

SANDAKAN: 13 Mac 2026 – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan merampas pelbagai jenis rokok seludup bernilai kira-kira RM204,000, termasuk jenama Era Ice Plus, Satos Black Menthol dan Satos Blue, dalam satu operasi di Kampung Sungai Kayu, Batu 7, Sandakan, Semalam.

Menurut Pasukan Polis Marin Sandakan, rampasan dibuat berdasarkan maklumat orang awam mengenai aktiviti penyeludupan dan pemunggahan rokok seludup di kawasan berkenaan.

Operasi bermula kira-kira jam 7.30 malam dengan sepasukan anggota PPM menjalankan pemantauan beberapa jam sebelum menghampiri rumah sasaran untuk pemeriksaan lanjut.

Beberapa bungkusan plastik berwarna hitam di dalam rumah yang mengandungi pelbagai jenis rokok disyaki tidak berkastam ditemui.

Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut, manakala kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Sumber: Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal