KOTA KINABALU: 12 November 2025 – Polis Daerah Kota Kinabalu memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 11 November lalu.
Remaja terbabit dikenali sebagai Nur Afiera Liyana binti Rizal, 16 tahun, berbangsa Bajau, dan beralamat di Skim Penempatan Telipok, Menggatal, Kota Kinabalu.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, kehilangan mangsa disedari ahli keluarga sekitar jam 10 pagi selepas mendapati beliau tiada di rumah.
Usaha mencari di kawasan kampung serta rumah saudara-mara telah dijalankan, namun mangsa masih belum ditemui sehingga kini.
Polis menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan atau penemuan remaja berkenaan agar segera menghubungi Insp Luzee Irine Stephen di talian 014-786 9365 atau IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222.
Sumber: Polis Daerah Kota Kinabalu

