Rakyat Sabah Sebenarnya Rindui Era BN – Mohd Rafi

LABUAN: 7 Oktober 2025 – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, menyatakan keyakinan bahawa rakyat Sabah merindui era pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang menurutnya membawa kestabilan, kemajuan dan kesejahteraan kepada negeri itu.

Beliau berkata tempoh pentadbiran BN terdahulu menyaksikan pembangunan negeri dirancang dengan baik, ekonomi berkembang pesat dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Mohd Rafi menegaskan bahawa zaman tersebut meninggalkan kesan positif yang masih diingati rakyat sehingga kini.

Beliau turut menyatakan harapan agar kepimpinan serta jentera BN Sabah diberikan kekuatan, ketabahan dan perlindungan untuk terus berkhidmat dengan ikhlas kepada rakyat.

Mohd Rafi menyeru semua pihak dalam BN bekerja secara berterusan, mendekati rakyat dan menambat hati mereka bukan hanya menjelang pilihan raya tetapi sepanjang masa sebagai tanda tanggungjawab terhadap negeri Sabah.

Beliau menegaskan bahawa BN perlu bangkit semula membawa sinar harapan dan kemakmuran kepada rakyat Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN Sabah Ke-17. DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 kerusi dipertandingkan manakala enam lagi dilantik.

Pada PRN Sabah Ke-16 tahun 2020, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang ketika itu bersama BN, PBS dan sokongan Ahli DUN Bebas berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 41 daripada 73 kerusi dipertandingkan.

Sumber: Sayang Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal