Rakyat Jangan Silap Pilih – Jonnybone

KOTA KINABALU: 19 Ogos 2025 – Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan bahawa masa depan Sabah boleh terjejas sekiranya rakyat tersalah membuat pilihan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 nanti.

Ketua Pemuda GRS, Datuk Jonnybone Kurum, menegaskan bahawa Sabah kini berada dalam kedudukan lebih stabil selepas bebas dari pengaruh parti nasional sejak hampir tiga dekad.

Menurutnya, usaha menyatukan semula parti-parti tempatan akan mengambil masa yang panjang sekiranya GRS tewas.

Beliau turut mengkritik tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menghentikan dana elaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta memperkenalkan jawatan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKK) yang dikaitkan dengan pelantikan politik.

Jonnybone berkata, meskipun dana persekutuan dihentikan, kerajaan negeri tetap menanggung gaji JKKK sebagai bukti komitmen GRS untuk berdikari dalam mentadbir negeri.

Dalam pada itu, Pemuda GRS turut mengumumkan pelantikan Ketua Penyelaras Pemuda di setiap kawasan Parlimen sebagai persiapan awal menjelang PRN, selain merancang pelancaran jentera pilihan raya mereka.

Sumber: Sabah News Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal