PUSPANITA Sabah semarak Merdeka dengan gaya hidup sihat

WhatsApp Image 2026 09 03 at 11.31.39 AM

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 3 September 2026 – Kira-kira 65 ahli PUSPANITA Cawangan Sabah menyertai Program Sihat Merdeka “Puspa Sihat, Generasi Hebat” di Dewan PUSPA Seri Faridah, Wisma PUSPANITA, Kota Kinabalu, semalam, untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah.

Program anjuran bersama Jawatankuasa Kecil (JKK) Sukan dan Rekreasi termasuk JKK Pengurusan Wisma PUSPANITA Cawangan Sabah itu berlangsung dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Program itu dirasmikan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah, Datin Hajah Siti Yuslaini Haji Mohd Samsuri, yang menekankan kepentingan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli.

WhatsApp Image 2026 09 03 at 11.31.38 AM 1

Antara aktiviti utama ialah senamrobik dan aktiviti menanam bunga di sekitar Wisma PUSPANITA, yang menggabungkan aspek kecergasan, kerjasama selain penjagaan alam sekitar.

Datin Hajah Siti Yuslaini berkata, tema “Puspa Sihat, Generasi Hebat” mencerminkan komitmen PUSPANITA Cawangan Sabah untuk memupuk amalan hidup sihat, mengeratkan hubungan sesama ahli dan menyemai tanggungjawab terhadap kelestarian persekitaran.

“Melalui tema ‘Puspa Sihat, Generasi Hebat’, PUSPANITA Cawangan Sabah komited memupuk budaya hidup sihat, memperkukuh hubungan sesama ahli, menghayati semangat patriotisme terhadap negara dan menyemai tanggungjawab bersama terhadap kelestarian persekitaran,” katanya.

WhatsApp Image 2026 09 03 at 11.31.38 AM

Beliau berkata, semangat kemerdekaan perlu diterjemahkan melalui amalan yang memberi manfaat kepada diri, masyarakat dan alam sekitar, bukan sekadar diraikan menerusi sambutan dan acara rasmi.

Program berkenaan turut menekankan kepentingan membentuk warga yang sihat, aktif dan prihatin sebagai asas kepada masyarakat yang sejahtera dan berdaya tahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal