Proton sasar 250 tempahan sepanjang jelajah Kaamatan-Gawai di Borneo

Screenshot 20260516 231652 Gallery

PENAMPANG: 16 Mei 2026 – Proton menyasarkan sekurang-kurangnya 250 tempahan kenderaan menerusi program jelajah “Proton 10,000 Smile” sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai di Sabah, yang bermula di Sabah dan berakhir di Sarawak.

Program itu memulakan perjalanan sulung di Sabah dengan acara pelepasan konvoi di KDCA pagi tadi, kemudian meneruskan siri jelajah ke beberapa lokasi utama di kedua-dua negeri dalam tempoh kira-kira 16 hari.

1002993335
Pelepasan konvoi Proton 10,000 Smiles Borneo

Konvoi dijadualkan singgah di Gaya Street, Padang Merdeka, dan Kundasang sebelum menamatkan laluan pertama di Brunei. Keseluruhan perjalanan dianggarkan mencecah 1,000 kilometer.

Pengurus Operasi Kawasan Sabah Proton, Aaron Constantine, menyatakan sebanyak 11 kenderaan Proton digunakan sepanjang program itu untuk mendekati masyarakat mempromosikan jenama automotif nasional di Borneo. Elemen seni dan kraftangan tempatan turut diterapkan pada rekaan model tertentu, termasuk Proton Saga, Proton X70, dan Proton X90. Langkah ini menjadi simbol penghargaan terhadap warisan budaya Malaysia.

Menurut Aaron, inisiatif tersebut bukan sekadar platform pemasaran, malah menjadi medium memperkenalkan identiti budaya tempatan selari dengan semangat Kaamatan dan Gawai. Proton mahu menanam rasa bangga terhadap produk buatan Malaysia di samping memperkukuh hubungan dengan masyarakat Sabah dan Sarawak melalui pendekatan yang lebih dekat dan bersifat komuniti.

“Sebagai jenama nasional, Proton mahu terus mendapat sokongan rakyat Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak. Pada masa sama, kami mahu budaya tempatan terus diperkasakan dan diketengahkan ke peringkat lebih luas,” ujar beliau kepada wartawan TV Sabah.

Tahun ini merupakan penglibatan rasmi pertama Proton sebagai penaja program digital TV Sabah sempena Kaamatan selepas beberapa usaha kerjasama dirancang sebelum ini. Proton turut menawarkan pelbagai pakej promosi dan rebat khas untuk pengguna di Sabah, termasuk servis percuma selama setahun kepada golongan pendidik.

1002993340
Aaron (Proton) bersama Suzanne (TV Sabah)

Setakat ini, Proton sudah menerima kira-kira 150 tempahan awal. Syarikat itu optimis sasaran keseluruhan mampu dicapai dalam tempoh singkat sepanjang jelajah berlangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal