Tuesday, December 24, 2024

Program Kembara Simpanan SSPN PRIME 2022

Zuraidah Asdain menyampaikan sijil SSPN kepada salah seorang murid, Datin Maizatul Akmam ( kanan sekali) dan Muliati Kamaruddin, Pengurus besar PTPTN Sabah.

RYIO KENJI

LAHAD DATU: Seramai 50 orang pelajar daripada kawasan DUN Segama dan DUN Silam menerima sumbangan berupa pembukaan akaun simpanan SSPN Prime bernilai RM 100 seorang sempena Program Kembara Keluarga SSPN yang diadakan di Saujana Putra Ballroom, di sini .

Program kembara Keluarga SSPN itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membantu pelajar asnaf.

Pengurus Besar Pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Sabah, Muliati Binti Kamaruddin berkata Program Kembara SSPN 2022 itu telah dilancarkan di Kota Kinabalu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan pemimpin setempat kemudian menjelajah ke daerah-daerah yang terlibat.

“Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu juga adalah bertujuan untuk membantu pelajar asnaf dari aspek pendidikan serta galakan awal memulakan penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak

“Selain membentuk kesedaran penabungan sebagai jaminan masa depan tanpa mengira latar belakang ekonomi, katanya sambil menambah bahawa PTPTN adalah sebuah tabung simpanan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi MALAYSIA yang telah beroperasi selama 25 tahun.

Melalui program tersebut itu juga setakat ini pihak PTPTN telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM250,000 kepada 25 kawasan di negeri Sabah bagi melaksanakan Program Kembara Keluarga Simpan SSPN 2022.

Sementara itu Timbalan Ketua Bahagian UMNO Lahad Datu,Zuraidah Binti Asdain berkata, sumbangan tersebut merupakan bantuan kewangan daripada PTPTN yang sekaligus membuktikan kestabilan pentadbiran kerajaan dan perlu diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.

Sehubungan itu, insentif yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada anak-anak Sabah perlu diambil peluang oleh ibu bapa dan dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Menurutnya, kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap sektor pendidikan dan menawarkan pelbagai insentif disamping menggalakkan ibu bapa untuk menabung demi masa depan anak-anak.

Beliau juga menggesa ibu bapa dapat mengambil peluang dan menghebahkan tawaran yang diberikan oleh SSPN kepada masyarakat khususnya B40 dan golongan asnaf.

Turut hadir pada program itu ialah Datin Maizatul Akmam Binti Haji Alawi, Bendahari Wanita UMNO pusat, Tahir Bin Abdul Rahman, Pegawai Kemas Daerah Lahad Datu, Sitti Royani Binti Rafael selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian P.188 Lahad Datu dan Ernawati binti Rafael selaku Ketua Puteri UMNO Bahagian P.188 Lahad Datu.

Program yang berlangsung itu juga adalah atas inisiatif dan tanggungjawab sosial korporat yang dilakukan oleh Datin Maizatul Akmam binti Hj Alawi @Ad.Badawi selaku Pengerusi Education Malaysia Global Services dengan kerjasama PTPTN dan Jabatan KEMAS Lahad Datu.

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights