TENGHILAN: 6 Februari 2026 – Program Derma Darah anjuran Persatuan Pesara Kerajaan Sabah (PKS) dan Pergerakan Pemuda PBS Tamparuli membantu usaha menstabilkan bekalan darah hospital.
Jurucakap program, Daulin Gutak berkata seramai 26 orang mendaftar sebagai penderma, namun hanya 14 orang berjaya menderma darah selepas proses saringan kesihatan di Dewan SRA, Tenghilan, kelmarin.
Jelasnya, program itu bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menderma darah dan memastikan bekalan darah hospital sentiasa mencukupi.
Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Dr Bonaventure Boniface menyifatkan inisiatif tersebut sebagai usaha murni berasaskan komuniti yang wajar diteruskan.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda PBS Tamparuli, Rizkam Wenddy Yabin, berkata, walaupun jumlah penderma hanya sederhana, pihak penganjur berpuas hati dengan komitmen dan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan oleh para peserta.
