PENAMPANG: 25 Ogos 2025 – Polis menahan seorang wanita warga asing berusia 27 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti persundalan menerusi serbuan di sebuah hotel di Jalan Bundusan, Ahad lalu.
Serbuan kira-kira jam 10.30 malam itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dan membawa kepada rampasan sebuah telefon bimbit, kondom serta sejumlah wang tunai yang dipercayai hasil kegiatan tidak bermoral tersebut.
Siasatan awal mendapati wanita terbabit menggunakan platform digital untuk mendapatkan pelanggan bagi aktiviti persundalan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Polis menegaskan komitmen membanteras aktiviti tidak bermoral di daerah ini dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu usaha pencegahan.
Sumber: Sabah Media