Polis Sahkan Video Buaya Tular Dirakam di Ladang Berlesen

photo 2026 01 14 09 00 10

PENAMPANG: 13 Januari 2026 — Polis Daerah Penampang mengesahkan bahawa video tular memaparkan beberapa ekor buaya yang tular di media sosial sebenarnya dirakam berhampiran sebuah ladang ternakan berlesen di daerah ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Bin Newton, sepasukan anggota telah diarahkan menjalankan pemeriksaan segera di lokasi berkenaan bagi meneliti kesahihan rakaman tersebut.

photo 2026 01 14 09 00 05
Sumber: Polis Daerah Penampang

“Hasil pemeriksaan mendapati ladang berkenaan beroperasi secara sah dengan lesen penternakan dan lesen jual beli daging buaya yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, dan video tular dipercayai dirakam berhampiran ladang tersebut” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi atau maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Sumber: Polis Daerah Penampang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal