Polis Sabah Gagalkan Sindiket, Rampas 41.63kg Syabu Bernilai RM1.33 Juta

Gambar Rampasan Syabu RM1.3Juta

KOTA KINABALU: 2 September 2025 – Polis Sabah berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan tiga lelaki tempatan dalam dua operasi berasingan di Ranau dan Telupid pada 28 Ogos lalu.

Operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sabah itu menemui 41.63 kilogram syabu yang disembunyikan dalam beg bagasi berisi bungkusan teh Cina.

Nilai rampasan dianggarkan melebihi RM1.33 juta, dengan jumlah tersebut mampu menampung keperluan hampir 160,000 penagih.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 24 hingga 31 tahun dipercayai bertindak sebagai “runner” bagi seorang pembekal dadah, dan menerima upah sekitar RM1,000 bagi setiap kilogram yang dihantar dari Kota Kinabalu ke Tawau dan Semporna.

Selain dadah, polis turut menyita dua kereta, sebuah motosikal dan wang tunai, menjadikan nilai keseluruhan sitaan RM62,000.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, JSJN turut menahan seorang lelaki di Kunak pada 14 Ogos lalu di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Tindakan itu membawa kepada sitaan harta bernilai RM2.17 juta, termasuk wang tunai, kenderaan mewah, jam tangan berjenama dan barang kemas – antara sitaan tertinggi direkodkan tahun ini.

Polis menegaskan pihaknya akan terus memperhebat operasi membanteras pengedaran dadah, sambil menggesa orang ramai menyalurkan maklumat melalui hotline JSJN di 012-2087222.

Sumber: Polis Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal