Polis nafi dakwaan kemasukan lelaki bersenjata di Semporna, Lahad Datu

0f99dde3 48b7 475f be00 ebde41efb3fe

KOTA KINABALU: 17 Ogos 2026 — Polis menafikan dakwaan tular mengenai kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata ke Semporna dan Lahad Datu.

Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos, berkata keadaan keselamatan di kawasan itu terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang.

ESSCOM terus menjalankan pemantauan dan kawalan keselamatan, khususnya di perairan dan lokasi strategik dalam Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Orang ramai diingatkan tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

ESSCOM memberi peringatan bahawa penyebaran spekulasi dan maklumat tidak sahih boleh menimbulkan kegusaran masyarakat dan mengganggu ketenteraman awam.

Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas di bawah undang-undang terhadap individu yang didapati menyebarkan berita palsu.

Orang ramai diminta merujuk sumber rasmi seperti Polis Diraja Malaysia, ESSCOM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan maklumat sahih.

Dakwaan itu sebelum ini tular menerusi satu hantaran di Facebook yang mendakwa sekumpulan lelaki bersenjata tiba di Semporna dan Lahad Datu.

Sumber: Eastern Sabah Security Command

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal