Polis Marin Sabah Gagalkan Aktiviti Penyelewengan Minyak di Tawau

TAWAU: 15 Oktober 2025 — Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak subsidi hasil serbuan di sebuah stor di kawasan Kampung Pasir, Tawau yang dijadikan tempat penyimpanan dan pemindahan bahan terbabit.

Serbuan yang dijalankan sekitar jam 10.30 malam itu dilakukan hasil maklumat dan risikan Unit Risikan Marin.

Dalam operasi berkenaan, enam individu ditahan terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Superintenden Mohd Nazri bin Ibrahim, operasi itu turut membawa kepada rampasan pelbagai barangan termasuk sebuah lori tangki, tiga kenderaan, satu skid tank serta tiga tangki fiber dan besi.

Anggaran sebanyak 14,000 liter minyak diesel yang dipercayai disimpan untuk tujuan penyelewengan turut ditemukan dalam serbuan tersebut.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM615,920, dan kes kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi tindakan lanjut.

PPM Wilayah 4 menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras kegiatan penyeludupan dan penyelewengan hasil negara, khususnya di kawasan perairan serta lokasi strategik di Sabah.

Pihak polis turut menyeru orang awam agar terus menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan yang melanggar undang-undang demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Sumber: Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal