Oleh: Nurul Fazliana Norman
PENAMPANG: 20 Oktober 2026 – Petrova mengungguli minggu ketujuh Borneo Rising selepas meraih markah keseluruhan tertinggi sebanyak 71.27 peratus pada pusingan separuh akhir pertandingan itu yang berlangsung pada Ahad di ITCC Penampang.

Kejayaan itu menyaksikan Petrova mara ke pentas final bersama Harris, Joy dan Dabra, manakala Faris dan Harvard terpaksa menamatkan saingan masing-masing selepas memperoleh 34.22 peratus dan 57.34 peratus.
Harris menduduki tempat kedua dengan 63.65 peratus, diikuti Joy (63.32 peratus) dan Dabra (62.70 peratus).
Dabra turut meraih anugerah Persembahan Paling Power tajaan CelcomDigi, sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000 menerusi persembahan lagu Destinasi Cinta, nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Episod bertemakan Power Pick – Lagu Pilihan Juri itu turut menampilkan bakat Big Stage Rocketfuel, Hussain, Ranisha dan Adam Nazmie yang bergandingan dengan peserta menerusi tugasan battle.
Borneo Rising bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (saluran 104), TV Okey (saluran 146), Astro GO, Sooka, RTMKlik dan On Demand.

