Peruntukan badan keagamaan bukan Islam Naik kepada RM90 juta

photo 2026 02 02 13 28 59

KOTA KINABALU: 1 Februari 2026 — RM90 juta peruntukan untuk badan keagamaan bukan Islam menunjukkan penambahan peruntukan selaras dengan komitmen berterusan kerajaan terhadap prinsip kepelbagaian agama, inklusiviti dan keharmonian maysarakat di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick berkata demikian setelah menghadiri sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subrananiar Lokawi semalam.

Katanya, kenaikan itu mencerminkan kesungguhan Kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Haji Noor, dalam memastikan keperluan pembangunan serta kebajikan semua komuniti agama diberi perhatian secara saksama.

Ewon yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, pendekatan tersebut selaras dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional, khususnya di Sabah yang sekian lama dikenali sebagai contoh toleransi dan keharmonian antara kaum dan agama.

photo 2026 02 02 13 28 55

Beliau menegaskan bahawa penghormatan terhadap perayaan keagamaan dan kebudayaan pelbagai kaum merupakan asas penting dalam mempertahankan semangat Persekutuan Malaysia, justeru memaklumkan akan sentiasa turun padang meninjau keperluan komuniti setempat, termasuk institusi keagamaan di kawasan Parlimen Penampang dan Kadamaian.

Baru-baru ini, peruntukan sebanyak RM150,000 disalurkan kepada sebuah gereja di Kampung Sugud bagi pembinaan kawasan parkir konkrit untuk menampung keperluan jemaah, dan mendapat maklum balas positif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal