Pepsi Rai Kaamatan & Gawai dengan Edisi Terhad Inspirasi Borneo Tahunan serta Filem Pendek: ‘Dua Budaya, Satu Nadi’

photo 2026 05 05 08 44 54

PAPAR:1 Mei 2026 – Jenama minuman global Pepsi terus memperkukuh komitmennya menyokong warisan budaya tempatan dengan penglibatan aktif dalam Perayaan Pesta Kaamatan, termasuk memperkenalkan rekaan edisi terhad berilhamkan motif etnik Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

photo 2026 05 05 08 45 08

Timbalan Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Amy Gan berkata, penyertaan Pepsi dalam Kaamatan bukan sekadar kehadiran jenama, tetapi satu penghormatan terhadap budaya dan tradisi masyarakat Sabah dan Sarawak yang kaya dengan nilai warisan dan tradisi.

Menurut beliau, Pesta Kaamatan merupakan platform penting untuk mendekatkan jenama dengan komuniti setempat secara lebih bermakna, di samping meraikan kepelbagaian budaya yang diwarisi sejak sekian lama.

“Sebagai sebuah jenama global, kami ingin hadir dalam acara penting seperti ini dengan penuh rasa hormat, bukan sekadar mempamerkan logo, tetapi benar-benar menjadi sebahagian daripada sambutan yang penuh tradisi ini,” katanya ketika ditemubual sempena Majlis Perlancaran Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2026 di Dewan Masyarakat Papar.

photo 2026 05 05 08 45 04

Apa yang telah menjadi sambutan tahunan bagi Pepsi kembali lagi pada tahun ini adalah tin edisi terhad yang diberi nafas baharu dengan sentuhan rekaan berinspirasikan Borneo. Rekaan tersebut menampilkan elemen etnik dari Sabah dan Sarawak, termasuk motif Murut seperti Nahulalan serta flora berinspirasikan Sarawak seperti Bunga Terung dan Pohon Budi.

Reka bentuk tersebut dihasilkan oleh pereka tempatan, Charles Mawan dari Sabah dan Daphne Siaw dari Sarawak, sebagai usaha mengetengahkan kreativiti dan identiti seni tempatan kepada khalayak lebih luas.

Amy menambah, penghasilan edisi istimewa itu bertujuan memberi pengalaman unik kepada pengguna, selain memperkukuh rasa bangga terhadap budaya tempatan.

“Rekaan ini hanya boleh didapati dalam tempoh tertentu di Sabah dan Sarawak. Ia memberi peluang kepada masyarakat untuk melihat, merasai dan menghargai warisan budaya mereka dalam perspektif yang berbeza,” jelasnya.

photo 2026 05 05 08 44 58

Pepsi turut menzahirkan keterujaan dalam kolaborasi bersama TV Sabah menerusi penerbitan sebuah karya istimewa, filem pendek Kaamatan Gawai bertajuk ‘Dua Budaya, Satu Nadi’ sejajar dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”, yang dijadualkan tayangannya pada bulan Mei ini. Filem tersebut bakal boleh ditonton melalui platform digital rasmi Pepsi dan TV Sabah.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama dengan pihak penganjur seperti KDCA dan TV Sabah akan diteruskan dengan fokus memperluaskan kerjasama dengan bakat tempatan.

“Ini bukan tahun pertama dan pastinya bukan yang terakhir. Kami komited untuk terus menyokong Kaamatan dan memperkukuh hubungan dengan masyarakat melalui inisiatif yang lebih kreatif pada masa akan datang,” katanya.

Amy akhiri dengan ucapan, “Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan,” dengan harapan sambutan itu terus menjadi simbol perpaduan dan kegembiraan masyarakat.

Mengenai Pepsi:
Pepsi ialah jenama minuman global di bawah PepsiCo yang terkenal dengan inovasi dan komitmen dalam mendekati komuniti di seluruh dunia. Di Malaysia, Pepsi terus memainkan peranan aktif dalam menyokong acara budaya dan komuniti tempatan melalui pelbagai inisiatif kreatif dan kolaborasi strategik.


Untuk info lanjut:

Facebook: @PepsiMalaysia
Instagram: @pepsimy
TikTok: @pepsimalaysia

Untuk Pertanyaan Media:

Jacyntha binti Sintar
Wartawan dan Editor
Kinabalu Media Sdn. Bhd. (TV Sabah)
+60163044827
tvsabah2022@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal