Penyanyi Sabah Elica Paujin mara ke final ICMA 2026 menerusi ‘Oh Huminodun’

WhatsApp Image 2026 07 14 at 9.30.18 AM

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 14 Julai 2026 – Penyanyi Sabah, Elica Paujin, melangkah ke peringkat akhir InterContinental Music Awards (ICMA) 2026 menerusi lagu “Oh Huminodun”.

Lagu tersebut telah dipilih sebagai finalis dalam kategori Asian Folk, berdasarkan senarai rasmi yang dikeluarkan oleh penganjur pertandingan.

Ia merupakan antara karya yang mewakili Malaysia di pentas antarabangsa yang menampilkan penyertaan muzik dari pelbagai negara.

“Oh Huminodun” memaparkan warisan budaya Sabah dan legenda Huminodun. Lagu ini sebelum ini turut mendapat pengiktirafan apabila tersenarai dalam lima terbaik kategori Lagu Etnik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-24.

InterContinental Music Awards ialah pertandingan muzik antarabangsa yang menghimpunkan artis dan karya dari pelbagai negara merentasi pelbagai genre muzik.

Berdasarkan pengumuman rasmi penganjur, pemenang bagi edisi 2026 akan diumumkan pada 23 Ogos 2026 dalam majlis penyampaian anugerah secara dalam talian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal