Penutupan Sementara Jambatan Tamparuli Demi Keselamatan Pengguna

photo 2026 01 07 19 51 54

TAMPARULI: 6 Januari 2026 – Jambatan Tamparuli terpaksa ditutup sementara kepada semua pengguna sebagai langkah keselamatan susulan kebimbangan terhadap struktur jambatan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata, penutupan itu dibuat bagi mengelakkan sebarang risiko kepada orang awam, sambil menegaskan bahawa aspek keselamatan pengguna merupakan keutamaan.

Pihaknya telah mendapatkan penjelasan Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran, dan memohon tindakan segera untuk memastikan keselamatan jambatan tersebut terjamin.

photo 2026 01 07 19 51 58

Katanya, JKR akan menjalankan pemeriksaan teknikal bermula hari ini, termasuk penilaian sehingga ke dasar sungai, tetapi tertakluk kepada keadaan cuaca semasa.

Tambahnya, perkembangan keadaan jambatan itu akan dimaklumkan kepada orang ramai pada Khamis ini selepas JKR selesai melakukan penilaian teknikal.

Beliau turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna, khususnya sempena Hari Tamu Tamparuli, dan merakamkan penghargaan atas kesabaran serta kerjasama orang ramai sepanjang tempoh penutupan tersebut.

Sumber: Facebook Wilfred Madius Tangau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal