Penunggang Motosikal Maut Selepas Hilang Kawalan

photo 2026 03 12 13 24 49

KOTA KINABALU: 12 Mac 2026- Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kereta dalam kemalangan di Jambatan Jalan Tun Fuad Stephan, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Syed Lot Syed Ab Rahman, berkata kejadian sekitar jam 1 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu wanita tempatan berusia 20 tahun dan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang lelaki tempatan berusia 21 tahun.

photo 2026 03 12 10 56 24

Jelasnya, siasatan awal mendapati kereta itu sedang bergerak dari arah pusat bandar menuju ke Telipok sebelum motosikal di belakangnya hilang kawalan lalu melanggar bahagian kanan belakang kenderaan sebelum terbabas di atas jalan raya.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth II,” katanya dalam satu kenyataan media.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat yang dijadualkan pada jam 11 pagi hari yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kedua-dua kenderaan terlibat turut ditahan bagi tujuan pemeriksaan lanjut di Puspakom, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengambil rakaman percakapan saksi dan waris bagi membantu siasatan.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Inspektor See Hong Ling di talian 018-909 1014 bagi membantu siasatan.

Sumber: Kenyataan media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal