Pengusaha pasar raya mini curi elektrik didenda RM30,000

ed0a0e37 0c78 413a acfb 0c64a0fa42c2

KENINGAU: 21 Oktober 2026 – Seorang pengusaha pasar raya mini terpaksa menanggung denda RM30,000 selepas Mahkamah Sesyen Keningau menjatuhkan hukuman ke atasnya atas dua pertuduhan berkaitan sambungan elektrik haram di premis perniagaannya.

Mohd Arif Koh Kean Lin, 13 Oktober 2026 lepas, mengaku bersalah atas kesalahan yang dilakukan di premisnya di Kampung Taurid Taud.

Pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan denda RM20,000 di bawah Subseksyen 61(3)(c) Enakmen Bekalan Elektrik 2024. Tertuduh didapati bersalah membuat sambungan haram melalui pemasangan kabel pintasan pada cut-out fuse yang disambungkan ke papan agihan bilik sejuk premis berkenaan.

Pertuduhan kedua, Mohd Arif dikenakan denda RM10,000 di bawah Subseksyen 61(8) enakmen sama. Kesalahan itu melibatkan pemasangan pendawaian pintasan dari talian perkhidmatan Sabah Electricity (SE) pada pendawaian sedia ada tanpa kelulusan bertulis dari SE.

Sementara itu, Energy Commission of Sabah (ECoS) dalam kenyataan berasingan memaklumkan sebanyak 41 kes masih dalam proses pendakwaan di mahkamah. Sebanyak 33 kes lagi dilaporkan masih dalam proses tindakan kompaun oleh suruhanjaya.

ECoS menegaskan langkah penguatkuasaan agresif terus digiatkan bagi membanteras kegiatan kecurian elektrik dan usikan meter di seluruh Sabah.

Sumber: ECos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal