Penerima SYUKUR di Merotai meningkat kepada 1,624 KIR pada 2026

1cdec446 1f4f 4d89 aa76 a3daeff91487 41B7591D FDB8 4C43 A498 D52970771A91

KOTA KINABALU: 23 Julai 2026 – Jumlah penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai meningkat kepada 1,624 Ketua Isi Rumah (KIR) pada tahun 2026 berbanding 993 KIR pada tahun sebelumnya.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun, berkata bagi kawasan Parlimen Kalabakan, jumlah penerima turut meningkat kepada 5,263 KIR pada tahun ini berbanding 3,254 KIR pada 2025.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sarifuddin Hata (Merotai) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Menurut beliau, Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) kini memasuki fasa kedua pelaksanaannya dengan melibatkan seramai 140,000 penerima di seluruh Sabah pada tahun ini.

Di DUN Merotai, jumlah penerima meningkat sebanyak 631 KIR, manakala di Parlimen Kalabakan peningkatannya sebanyak 2,009 KIR berbanding tahun lalu.

Beliau berkata kerajaan negeri kekal komited untuk memperkukuh pelaksanaan Program SYUKUR dan pelbagai inisiatif di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 sebagai usaha berterusan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal