KOTA KINABALU: 8 September 2026 — Seorang pendaki warganegara Croatia, Mauro Persic, 46, ditemui dalam keadaan selamat hari ini pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas dilaporkan hilang semasa mendaki Gunung Kinabalu pada Isnin lalu.
Beliau telah menggunakan laluan kampung yang tidak diuruskan oleh Taman-Taman Sabah, yang menyukarkan pasukan SAR mengesan kedudukannya.
Persic dipercayai mengalami beberapa kecederaan, termasuk tumit yang bengkak dan kebas, disyaki patah tulang rusuk, kesakitan di bahagian bawah belakang dan pinggul, dan luka dalam pada betis.
Enam hari sebelum kejadian, Persic telah memuat naik satu hantaran di Facebook mengenai Gunung Kinabalu, lengkap dengan gambar pemandangan gunung berkenaan.
“Kinabalu. Mountain of the mind. Pada waktu matahari terbenam, ia kelihatan seperti gunung kertas yang dipotong, dengan puncaknya menjulang tinggi di atas hutan di sekeliling,” tulisnya.
Beliau turut mengakhiri hantaran itu dengan kata-kata:
“Gunung memanggil! Bagaimana mungkin saya menolaknya?”
Operasi SAR digerakkan dengan kerjasama pasukan Taman-Taman Sabah, Malim Gunung, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kejadian ini menjadi peringatan kepada semua pendaki agar menggunakan laluan rasmi, mematuhi arahan malim gunung, dan mendapatkan permit melalui saluran yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan sepanjang pendakian Gunung Kinabalu.

