Pencuri emas ditahan, nilai rampasan cecah RM50,000

IMG 1766

PENAMPANG: 2 April 2026 – Seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang disyaki terlibat dalam kes kecurian membabitkan premis kedai emas di sekitar daerah Penampang dan Putatan berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supt. Sammy bin Newton berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat orang awam dan risikan pihak polis sebelum suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Penampang pada 31 Mac 2026 kira-kira jam 1.00 petang di sebuah premis komersial di Kota Kinabalu.

IMG 1767

Susulan penahanan tersebut, pihak polis berjaya merampas enam utas gelang tangan emas pelbagai saiz yang dianggarkan bernilai RM50,000 mengikut harga pasaran.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa barangan lain termasuk sebuah kenderaan, telefon bimbit, pakaian dan dokumen berkaitan turut dirampas bagi membantu siasatan lanjut.

Hasil semakan rekod mendapati suspek mempunyai beberapa kesalahan lampau berkaitan jenayah harta benda dan penyalahgunaan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala pesalah berulang boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber: Kenyataan Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal