Penagih bersama syabu ditangkap

photo 2026 03 09 11 51 29

TAWAU: 9 Mac 2026 – Polis menahan seorang lelaki bersama dadah jenis syabu selepas suspek cuba melarikan diri semasa pemeriksaan dalam rondaan cegah jenayah di Kampung Melati Burut, Tawau, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, berkata kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu berlaku ketika anggota Balai Polis Bombalai menjalankan rondaan cegah jenayah sebelum terserempak dengan seorang lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan di kawasan berkenaan.

photo 2026 03 09 11 51 23
Sumber: Polis Daerah Tawau

“Hasil pemeriksaan menemui empat paket plastik lutsinar pelbagai saiz yang mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 1.20 gram,” katanya.

Siasatan awal mendapati lelaki warga asing berusia lingkungan 40-an itu turut mengaku terlibat dalam kegiatan penagihan dadah.

Suspek bersama barang kes kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, untuk tindakan lanjut.

Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah serta Seksyen 15(1)(a) akta yang sama kerana menggunakan dadah.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal