Pemandu Warga Asing Ditahan Cabul Remaja

TAWAU: 5 Oktober 2025 – Seorang lelaki warga asing yang dilaporkan telah mencabul seorang kanak-kanak remaja ditahan pihak polis di Merotai pada 3 Oktober.

Kejadian berlaku apabila semasa dalam perjalanan balik dari sekolah kira-kira jam 12.50 hari berkenaan, mangsa telah menaiki van yang dipandu seorang lelaki. Mangsa kemudian telah diganggu secara seksual oleh lelaki berkenaan.

Pada hari yang sama, mangsa telah membuat laporan polis selepas memberitahu ahli keluarga.

Bertindak atas laporan berkenaan, sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai mengesan suspek.

Hasil siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang warga asing berumur 32 tahun.

Pihak polis kemudian menyita van yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang sedang disiasat.

Suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Sumber: Kenyataan Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal