LAHAD DATU:Seramai 54 orang yang terdiri daripada Pelatih dan Jurulatih Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja BRUNEI (ABDB) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (U) PETER bin ULAT @ YULAT selaku Ketua Jurulatih Akademi Pertahanan ABDB telah mengadakan Lawatan Kerja ke Pejabat ESSCOM, LAHAD DATU.
Ketibaan delegasi itu disambut oleh Kolonel HAMIDI bin HASHIM, Timbalan Ketua Staf Operasi Udara ESSCOM.
Pada lawatan itu, delegasi terbabit telah diberikan taklimat berhubung dengan penubuhan ESSCOM kawasan Pantai Timur Sabah. Taklimat tersebut disampaikan Kolonel Syed Zulkiflee bin Syed Abdul Rahman selaku Timbalan Ketua Staff Perisikan ESSCOM.
Ini merupakan antara lokasi yang dilawati dalam rangka lawatan ke Lahad Datu bermula pada 20 oktober lalu.
Sebelum ini, delegasi itu telah melawat ke Gua Madai, Kunak dan Menara Kayangan yang merupakan dua lokasi yang menjadi tanda mercu bagi daerah Lahad Datu.
Lawatan itu turut menyumbang ke arah menjalinkan hubungan dua hala di antara negara MALAYSIA dan BRUNEI. Turut hadir Pegawai Jurulatih Akademi Pertahanan ABDB Mejar Mahmud Afifi bin Mohd Kifli, Pegawai Polis Diraja Brunei, ASP Hj Muhd Noor Faadzil Bin Hj Suhaimin, Pegawai Tentera Nasional Indonesia (TNI), Kapten Riza Ardin dan Leftenan Thanapong Sri-Aksron, Tentera Laut Diraja Thailand.
-TV Sabah News
0 Comments