Pelajar Terbabit Buli di IKBN Miri Berdepan Tindakan Gantung atau Buang – KBS

photo 6239816255741743331 y

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap kes buli di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, termasuk mengambil tindakan penggantungan atau buang pelajar yang terbabit.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tularnya rakaman video memaparkan sekumpulan pelajar institusi berkenaan melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang rakan mereka.

Menurut KBS, insiden tersebut bukan sahaja menjejaskan keselamatan pelajar, malah mencemarkan maruah dan disiplin yang menjadi asas kepada semua Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku pada Jumaat lalu dan pihak pengurusan IKBN Miri hanya dimaklumkan melalui laporan di media sosial sebelum segera mengambil langkah siasatan, dan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KBS menegaskan bahawa budaya kekerasan fizikal tidak boleh dianggap gurauan atau tradisi dalam mana-mana institusi di bawah seliaannya, dan pelaku akan dikenakan tindakan disiplin tegas selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.

Sumber: Kenyataan Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal