PBM sedia sokong Mohammaddin

RYIO KENJI
LAHAD DATU: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan menggerakkan jentera sebagai sokongan jika Datuk Mohammaddin Bin Ketapi dicalonkan atas tiket Parti BN pada PRU 15 pada 19 November depan.
Ketua Pemuda PBM Dr Saiful Bin Dato Hisham berkata, mereka akan menunggu keputusan itu apabila penamaan calon diadakan pada 5 November depan.
“Semua ahli-ahli parti PBM akan memberi kerjasama dan mengerakkan jentera parti semasa hari berkempen kelak jika Mohammaddin dicalonkan menggunakan tiket BN,” katanya berucap dalam Mesyuarat Penyelarasan Sayap-Sayap PBM Lahad Datu di Pejabat PBM Taman CL dekat sini.
Dr Saiful yang juga Setiausaha PBM Sabah mahu parti PBM bekerjasama dengan parti – parti seteru sekiranya Barisan Nasional (BN) menerima penyertaan PBM.
Menurut Dr Saiful, mesyuarat penyelarasan PBM dibentuk untuk melaksanakan jentera parti semasa hari penamaan calon dan semasa hari berkempen.
Sebelum ini PBM telah memohon untuk menyertai BN namun ia masih dalam pertimbangan.
Sementara itu, Ketua Pusat Daerah Mengundi katanya, perlu memainkan peranan dengan mengenal pasti pengundi sebenar di setiap PDM masing-masing, katanya.
Seramai 33 orang terdiri daripada Ketua Wanita, Ketua Wanita Muda dan Ketua Pemuda PBM antaranya Mohd Indah Bin Habib@Abib, Omar Bin Ibrahim, Rusli Miting dan Mariani Binti Utek hadir di majlis ini.
– Tv Sabah News
0 Comments