Monday, December 23, 2024

Parti Bangsa Malaysia (PBM)

LAHAD DATU: Parti Bangsa Malaysia (PBM) P.188 Lahad Datu yang baru sahaja bertapak kini sedang giat menarik lebih ramai ahli-ahli baru untuk menyertai parti itu dan ia termasuklah ahli -ahli daripada parti Warisan.

Terbaru Ketua Wirawati Warisan PDM North Road, Isniah binti Jaimon telah menyertai PBM P.188 Lahad Datu yang disaksikan oleh Ketua pemuda PBM P.188 Lahad Datu, Razmi bin Jupati.

Kepimpinan PBM Lahad Datu yakin akan lebih ramai lagi yang akan menyertai PBM sebelum menjelang PRU15 kelak. Rata-rata yang menyatakan hasrat itu adalah daripada ahli parti Warisan.

Parti Bangsa MALAYSIA (PBM) merupakan sebuah parti berhaluan kanan yang menyokong penuh kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu Pengerusi PBM P.188 Lahad Datu, Datuk Mohammadin Bin Ketapi telah mengumumkan untuk mempertahankan kerusi Ahli Parlimen Lahad Datu pada PRU 15 ini dan akan bersedia bekerjasama sekiranya diterima untuk menyertai parti BN.

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights