Najis tikus: Tiga kilang mi di Sandakan ditutup
Melor Putih
SANDAKAN : Tiga kilang pembuatan mi yang beroperasi lebih 30 tahun di daerah Sandakan diarahkan tutup selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) kerana ada najis tikus.
Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr Johari Awang Besar berkata pihaknya bersama Majlis Perbandaran Sandakan menjalankan operasi bersepadu selama dua hari bermula pada 25 Oktober dan berakhir pada 26 Oktober.
Dalam operasi itu, sebuah kilang diarahkan tutup kerana beroperasi secara haram dan menggunakan premis di lokasi berbeza yang tidak tersenarai dalam lesen perniagaan.
“Kami memeriksa enam kilang pembuatan mi daripada sembilan buah kilang di daerah ini. Tiga daripadanya mempunyai Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) dan Skim Pensijilan MESTI.
“Tiga kilang mi yang diarahkan tutup kerana ada najis tikus. Kilang itu juga masih menggunakan peralatan tradisional seperti kayu. Kami juga menemui kotoran minyak gris pada peralatan mesin pemprosesan dan adunan,” katanya kepada media selepas operasi itu.
Menurut Dr Johari, kilang terbabit diarahkan tutup di bawah peraturan-peraturan kebersihan makanan dan mereka turut dikompaun kerana kerana gagal mematuhi syarat yang ditetapka
Katanya, mereka terpaksa mengenakan tindakan tegas ke atas kilang-kilang mi ini dengan mengambil kira kebajikan pengguna-di daerah Sandakan yang mahukan kebersihan.
“Sepatutnya pengusaha kilang mi menukar peralatan mereka kepada aluminium kerana peralatan kayu boleh menyebabkan serpihan kayu bercampur dengan mee tersebut.
“Kilang-kilang ini sudah beroperasi lebih dari 30 tahun dan sepatutnya mereka mengganti peralatan kepada yang lebih baik bagi mengelak berlaku pencemaran silang,” katanya
– Tv Sabah News
0 Comments