Murid 11 tahun cedera parah dilanggar kereta di SK Darau

26548093 ff0a 449f 95d6 4fb76f2d9c8c

KOTA KINABALU: 26 Oktober 2026 — Seorang murid berusia 11 tahun cedera parah selepas dilanggar sebuah kereta Proton Waja ketika melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Darau, Manggatal, pagi tadi.

Mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan dihantar ke Hospital Likas untuk mendapatkan rawatan. Mangsa dilaporkan masih berada di Wad Kecemasan Zon Merah.

Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.03 pagi. Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki berusia 69 tahun itu sedang bergerak dari Pekan Manggatal menuju ke CKS Manggatal sebelum melanggar mangsa yang dipercayai sedang berlari melintas jalan dari kanan ke kiri.

Kenderaan terbabit ditahan untuk pemeriksaan PUSPAKOM, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis turut merakam percakapan pihak yang terlibat dan berusaha mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, SJN Mazlan Mursalam di talian 012-3036605 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Shahrudin Mat Husain menasihatkan pengguna jalan raya supaya memandu dengan cermat dan mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan semua pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal