MTM Perkenal Empat Wajah Baharu, Angkat Budaya Sabah ke Pentas 2026

photo 6300557706175123346 y

KOTA KINABALU: 19 Januari 2026 – Mamurika Talent Management (MTM) mencuri perhatian ramai apabila secara rasminya memperkenalkan empat wajah baharu yang bakal berjuang dalam beberapa pertandingan di bawah naungan Team Musz sepanjang tahun 2026.

photo 6300557706175123347 y

Pengenalan barisan baharu ini mencerminkan komitmen berterusan MTM dalam mengetengahkan bakat muda tempatan, khususnya dengan hala tuju untuk mengangkat budaya dan tradisi Sabah agar terus hidup dalam jiwa remaja masa kini sebagai penerus generasi akan datang.

Keempat-empat wajah baharu tersebut tampil dengan personaliti, latar belakang serta keistimewaan tersendiri, sekali gus membawa keunikan masing-masing yang bakal diketengahkan kepada umum, khususnya menerusi penyertaan dalam pertandingan-pertandingan yang berlangsung di Sabah tahun ini.

photo 6300557706175123351 y

Menurut Musz Mussa, Pengurus MTM, setiap bakat dipilih berdasarkan kriteria yang menitikberatkan keunikan diri, tahap disiplin, minat yang mendalam serta kemahuan untuk melalui proses transformasi diri ke arah yang lebih bermanfaat, dan bukan semata-mata untuk mengejar nama atau publisiti.

photo 6300557706175123352 y

Beliau menjelaskan bahawa pemilihan empat wajah baharu ini dibuat selepas melalui proses penilaian rapi melibatkan latar belakang, gaya hidup serta tahap pengetahuan mengenai tradisi dan budaya yang terdapat di Sabah, yang disifatkan sebagai elemen penting dalam memperjuangkan seni dan warisan tempatan.

photo 6300557706175123350 y

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa MTM berhasrat membentuk individu yang seimbang dan cemerlang, bukan sahaja di hadapan kamera tetapi juga memiliki nilai etika kerja yang tinggi, di mana setiap tugasan yang diberikan akan disempurnakan dengan penuh tanggungjawab sebagai duta yang membawa mesej seni dan tradisi budaya kepada masyarakat umum.

photo 6300557706175123349 y

Dari sudut perancangan masa hadapan, MTM berharap setiap pemilihan bakat yang dibuat mampu mencetuskan perubahan positif dalam diri individu, sekali gus melahirkan personaliti yang bertanggungjawab dan berupaya membimbing generasi akan datang, terutamanya dalam memelihara budaya dan tradisi Sabah.

Dengan pelancaran empat wajah baharu ini, MTM yakin inisiatif tersebut mampu membuka minda generasi muda untuk terus membudayakan tradisi tempatan, bukan sahaja di peringkat Sabah dan Malaysia, malah berpotensi diketengahkan ke persada antarabangsa.

Sumber: Musz Mussa(Pengurus MTM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal