KOTA KINABALU: 1 Mac 2026 – Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditemukan maut dalam keadaan terapung di tepi Sungai Kalansanan, Kampung Kalansanan, Inanam, kira-kira jam 10.27 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 10.27 pagi dari kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang memaklumkan penemuan mayat berhampiran laluan pintas menuju ke Ujana Kingfisher.

Siasatan awal mendapati mayat lelaki berkenaan berada kira-kira 30 meter dari jalan utama di tepi sungai tersebut.
Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh di lokasi kejadian.
Menurut beliau, pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa.
Mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian secara rasmi.
Sumber: Polis Daerah Kota Kinabalu
