Maxis erat hubungan komuniti menerusi Kempen Kaamatan 2026 di Sabah

Ceasar Malakun Menerima Cenderahati Daripada Melvin

PENAMPANG: 15 Mei 2026 – Maxis melancarkan kempen sambutan Kaamatan 2026 peringkat Sabah di Maxis Centre, ITCC Penampang, Rabu lalu.

Pelancaran oleh ADUN Dilantik, YB Datuk Ceasar Mandela Malakun itu menandakan permulaan sambutan sebulan penuh yang menampilkan pelbagai promosi, aktiviti kebudayaan, dan tawaran eksklusif sempena Pesta Kaamatan.

Hari Kaamatan Maxis Kini Bermula
Kakitangan MAXIS sempena Kempen Sambutan Kaamatan MAXIS 2026

Pengarah Pengurusan Jualan Wilayah Sabah Maxis, Melvin Yap menegaskan, penglibatan syarikat ini bukan sekadar memperkenalkan produk telekomunikasi, tetapi sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Sabah yang setia menyokong jenama tersebut.

Pegawai Urusan Maxis Sabah
Pengarah Pengurusan Jualan Wilayah Sabah Maxis, Melvin Yap

Menurutnya, Maxis mahu mendekati masyarakat setempat dengan meraikan tradisi dan budaya yang menjadi identiti rakyat Sabah.

“Pelanggan keutamaan kami. Sambutan Kaamatan ini antara cara menghargai sokongan masyarakat Sabah. Kami mahu sentiasa bersama komuniti pada setiap perayaan yang mempunyai makna besar kepada mereka,” ujarnya dalam wawancara bersama TV Sabah.

Sambutan Kaamatan turut menjadi platform terbaik syarikat itu untuk mendekati pelanggan secara lebih rapat melalui aktiviti interaktif dan program bersama komuniti.

Sepanjang kempen, Maxis akan membuka reruai di Hongkod Koisaan KDCA pada 18 hingga 31 Mei, dengan menyediakan permainan interaktif, elemen kebudayaan, dan promosi khas eksklusif kepada rakyat Sabah.

Tahun ini, sambutan Kaamatan anjuran Maxis diperluaskan ke beberapa kawasan lain termasuk Paitan, demi mendekati komuniti luar bandar supaya manfaat kempen dapat dinikmati lebih ramai rakyat Sabah.

Melvin turut menghargai kerjasama erat bersama KDCA dan TV Sabah yang banyak membantu mempromosikan budaya dan keunikan Sabah.

“TV Sabah bukan sahaja untuk masyarakat Sabah, tetapi juga medium memperkenalkan budaya negeri ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Melalui kerjasama ini, kami dapat berkongsi peranan dan sumbangan Maxis kepada masyarakat setempat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal