MA63 tidak kawal selia minyak dan gas — Azalina

photo 2026 01 27 18 18 57

PUTRAJAYA : 27 Jan – Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak menyentuh isu pemilikan atau kawal selia sumber minyak dan gas, termasuk melibatkan PETRONAS dan PETROS. Sebaliknya, perjanjian itu hanya menetapkan asas pembentukan Malaysia dan hak autonomi tertentu bagi Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Azalina Othman menyatakan perkara itu dalam jawapan bertulis Parlimen pada Isnin, sebagai jawapan kepada soalan Datuk Ali anak Biju (PN–Saratok).

Datuk Ali meminta penjelasan kerajaan Persekutuan mengenai tuntutan hak laut dan sumber petroleum Sarawak dan bagaimana MA63 menangani isu pertindihan kuasa antara Petros dan PETRONAS, yang menjadi punca pertikaian pengurusan gas di negeri itu.

Azalina menegaskan, MA63 tidak mengandungi peruntukan berkaitan pengurusan, pemilikan atau kawal selia minyak dan gas.

Menurutnya, hak pengurusan petroleum ditentukan oleh undang-undang Persekutuan, termasuk Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA).

Sumber : Dagang news

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal