Tuesday, December 24, 2024

LPKL nafi tuduhan tidak pernah bermesyuarat

Dato’ Chin Kim Hiung

SANDAKAN: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah mengadakan mesyuarat setiap bulan tanpa gagal dan antara perkara yang sentiasa dibangkitkan ialah meluluskan permohonan atau pembaharuan lesen.

Pengerusi LPKP Sabah Dato’ Chin Kim Hiung berkata demikian untuk menyangkal dakwaan bahawa mereka tidak pernah bermesyuarat sehingga menyebabkan permohonan lesen tertunggak.

“Mesyuarat Ahli Lembaga kami diadakan setiap bulan dan banyak permohonan atau pembaharuan lesen yang diterima yang memenuhi syarat kami diluluskan,” tambah Chin.

Beliau memberitahu ada juga permohonan yang ditolak kerana dokumen yang dikemukakan tidak lengkap.

Justeru itu, Chin mengingatkan para pemohon supaya berurusan sendiri dengan LPKP dan bukan melalui pihak ketiga untuk memastikan kelancaran proses meluluskan permohonan mereka.

“Kadang-kadang pegawai kami berdepan dengan permohonan yang tidak lengkap yang dikemukakan pihak ketiga dan terpaksa menghubungi pemohon untuk menghantar semula dokumen mereka.

“Ini menyebabkan tempoh proses menjadi panjang kerana pemohon menggunakan orang tengah,” katanya ketika ditemui media di program kebudayaan di SJK (C ) Pui Gin baru-baru ini.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights