Lima Individu Ditahan Terbabit Aktiviti Pelacuran di Lahad Datu

LAHAD DATU: 25 Ogos 2025 – Polis menahan lima individu termasuk dua wanita dalam serbuan Ops Noda yang dilancarkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, malam semalam.

Serbuan sekitar jam 9.30 di sebuah hotel semalam  berjaya menumpaskan kegiatan pelacuran yang dipercayai beroperasi sejak Mei lalu.

Kesemua suspek berusia 18 tahun terdiri dari tiga lelaki dan dua wanita.

Siasatan awal mendapati sindiket menggunakan aplikasi MiChat sebagai medium untuk mendapatkan pelanggan, dengan caj perkhidmatan antara RM150 hingga RM300 bagi setiap langganan.

Dalam operasi itu, polis turut merampas beberapa barangan termasuk telefon pintar, kondom, resit hotel dan kunci bilik yang dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 372A/372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun serta denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, sabitan boleh membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun serta sebatan sehingga enam kali.

Polis menegaskan usaha membanteras aktiviti pelacuran akan diteruskan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di daerah ini.

Sumber: Polis Daerah Lahad Datu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal