Lelaki mengamuk ancam penduduk kampung ditahan polis peronda

TAWAU: 27 Januari 2026 — Tindakan pantas anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang bertindak mengamuk serta mengancam penduduk di Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas pada isnin.

photo 6323349087570300735 y

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kejadian dikesan ketika anggota MPV menjalankan rondaan rutin sebelum menerima panggilan kecemasan dari Pusat Kawalan Daerah (DCC).

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan dengan bantuan dua lagi kenderaan MPV dan hasil semakan melalui sistem Mobile Card Acceptance Device (MCAD) mendapati lelaki berkenaan merupakan individu dikehendaki polis berkaitan kes penipuan di Putatan, Kota Kinabalu tahun lalu.

Pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa barangan berbahaya dipercayai digunakan semasa kejadian termasuk pemutar skru, bilah pisau pemotong kertas, bilah gunting besi.

Suspek bersama barang rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal