Lelaki Ditemui Maut Terjatuh Dari Bangunan Aru Suites

photo 2025 12 14 19 48 33

KOTA KINABALU: 13 Disember 2025 — Seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Aru Suites, Tanjung Aru.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kota Kinabalu mengesahkan menerima maklumat mengenai kejadian itu melalui talian kecemasan MERS 999 pada jam 3.07 petang sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi untuk menjalankan siasatan awal.

Siasatan awal mendapati seorang juruteknik di The Aru Hotel ternampak satu objek dipercayai manusia terjatuh dari tingkat atas bangunan berkenaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Pemeriksaan di hadapan bangunan kemudiannya menemukan seorang lelaki terbaring di atas jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pasukan ambulans dari Hospital Queen Elizabeth II yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Hasil semakan rakaman CCTV mendapati mangsa memasuki sebuah unit di tingkat 11 bangunan tersebut sebelum kejadian berlaku.

Pemeriksaan fizikal awal oleh pasukan forensik mendapati kecederaan dialami adalah selari dengan kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi dan tiada unsur kecederaan luaran mencurigakan dikesan.

Sumber: Kenyataan Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal