Lelaki Ditahan Positif Dadah di Tawau

photo 2025 12 29 21 51 47

TAWAU: 28 Disember 2025 – Seorang lelaki warga tempatan ditahan polis selepas didapati memiliki dadah dan disahkan positif bahan terlarang dalam satu operasi di Batu 3, Jalan Apas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berusia kira-kira 34 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Tawau semasa pemeriksaan di tepi jalan.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas suspek membawa kepada penemuan tiga paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.15 gram yang disimpan di dalam sekotak rokok.

Beliau berkata, suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal