Lelaki Ditahan Disyaki Cabul Remaja 16 Tahun di Lahad Datu

LAHAD DATU: 18 Ogos 2025 – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun selepas disyaki mencabul seorang remaja perempuan berumur 16 tahun di kawasan perumahan pekerja Ladang Sebrang, Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengenali suspek sejak berusia 10 tahun. Berikutan laporan yang dibuat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) telah menahan lelaki terbabit di Kampung Sarip pada jam 10.40 malam, 18 Ogos lalu.

Suspek kini dalam tahanan dan polis akan memohon perintah reman di Mahkamah Lahad Datu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Sumber: Polis Daerah Lahad Datu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal