Oleh: Nurul Fazliana Norman
KOTA BELUD: 8 September 2026 – Seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun ditemukan tergantung di dalam sebuah bilik di sebuah rumah tidak bernombor di daerah ini, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kota Belud, kira-kira jam 4.20 petang semalam.
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7 September 2026.
Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan, manakala mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk bedah siasat.
Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR).
Orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Saksi atau individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke IPD Kota Belud atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Frankie Pain di talian 019-215 1132.
Sumber: Polis Daerah Kota belud

