Lebih 329kg syabu bernilai RM16.46 juta dirampas

IMG 0515

SEMPORNA: 4 Ogos 2026 — Polis merampas 329.216 kilogram dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM16.46 juta dalam dua operasi berasingan di Tawau dan Semporna pada 12 dan 13 Julai lalu.

Enam suspek turut ditahan, manakala wang tunai, telefon bimbit, kenderaan dan pelbagai barangan dipercayai berkaitan kegiatan pengedaran dadah turut disita.

Kejayaan itu dicapai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut JSJN Sabah, siasatan masih diteruskan bagi mengesan dalang dan rangkaian sindiket yang terlibat.

JSJN Sabah memaklumkan pihaknya akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan pengedaran dadah bagi melindungi masyarakat daripada ancaman jenayah narkotik.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal